Kitab
Adab Berusaha Dan Mencari Sara-hidup
(VERSI DRAF _ MASIH DIEDIT)
Keutamaan berusaha dan anjuran
melaksanakannya
Mula-mula kita memilih ayat al-Quran
yang menganjurkan agar kita berusaha, di antaranya firman Allah Ta’ala di dalam
kitabNya:
“Kami (Allah) menjadikan waktu siang itu sebagai masa untuk berusaha mencari
kenikmatan untuk meneruskan kehidupan.”
(an-Naba’: 11)
Allah Ta’ala telah menjadikan masa siang itu sebagai masa untuk berusaha mencari
kenikmatan untuk meneruskan kehidupan.
Allah berfirman lagi:
“Dan Kami (Allah) jadikan bagi kamu padanya (bumi) sebagai lapangan
kehidupan, tetapi sedikit sekali kamu berterima kasih.”
(al-A’raf: 10)
Allah Ta’ala telah menjadikan di sana tempat untuk mendapatkan kenikmatan,
kemudian berterima kasih pula kepadaNya atas kenikmatan yang diperolehinya itu.
Allah berfirman lagi:
“Maka bertebarlah di muka bumi serta carilah reszeki dari kurnia Allah.”
(al-Jumu’ah: 10)
Dari Hadis-hadis yang bertujuan untuk perkara ini pula, sabda Rasulullah
s.a.w.:
“Andaikata seseorang kamu mengambil talinya lalu berusaha mencari
kayu-kayuan yang diikatkan di belakangnya itu lebih utama daripada dia
mendapati seseorang yang diberikan Allah pengurniaanNya, lalu meminta-minta
kepadanya sama ada diberi atau ditolak.”
Sekali peristiwa sedang Rasulullah s.a.w. duduk bersama-sama pada sahabatnya,
maka mereka pun terlibat seorang anak muda yang gagh perkasa sedang dalam
perjalanan untuk berusaha mencari rezeki.
Mereka berkata: Sayang sekali, alangkah baik jika anak muda ini menggunakan
kemudahannya dan kekuatannya untuk berjuang fisabillah? Mendengar hujah
tersebut, baginda lalu menangkis dengan sabdanya:
“Jangan berkata begitu kerana sesungguhnya jika ia keluar berusaha untuk
mencari rezeki bagi anak-anaknya yang masih kecil, niscaya perjalanannya itu
pada sabilillah juga. Jika ia keluar berusaha untuk mencukupi dirinya, niscaya
perjalanannya itu pada sabilillah juga. Tetapi jika ia keluar berusaha untuk
bermegah diri dan menyombong, niscaya perjalanannya itu poada jalan syaitan”
Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: Mana satu usaha yang paling baik? Baginda
bersabda:
“Usaha yang paling baik sekali, ialah usaha seseorang dengan tangannya, dan
semua jual beli yang diredhai Tuhan.”
Sabdanya lagi:
“Sebaik-baik perusahaan ialah perusahaan seorang pekerja, jika ia melakukan
dengan sebaik-baiknya.”
Maksudnya jika ia bertekun di dalam pekerjaannya, kemudian ia menjauhi penipuan
dan membuat kerja dengan sebaik-baiknya supaya orang yang memilikinya tiada
sesal di kemudian hari.
Berkata Umar Ibnul-Khattab r.a.: Jangan sampai ada orang di antara kamu yang
suka menganggur dan tidak mahu mencari rezeki. Lali ia berdoa: Ya Allah! Ya
Tuhanku! Berikanlah saya kurniaMu! Sedang kamu sekalian telah mengetahui bahwa
langit itu tidak pernah menghujankan emas dan perak.
Berkata Ibnu Mas’ud r.a.: Sebenarnya saya benci melihat seseorang itu
menganggur saja, sama ada dalam urusan dunianya atau pun dalam urusan
akhiratnya.
Ahmad bin Hanbal r.a. pernah ditanya: Apa katamu pada seseorang manusia yang
duduk di rumah ataupun di masjid saja, seraya ia berkata: Saya tidak akan
membuat sesuatu pekerjaan sehingga rezeki saya akan datang nanti. Ahmad bin
Hanbal menjawab: Alangkah jahilnya orang itu! Apakah ia tidak pernah mendengar
sabda Rasulullah s.a.w.:
“Sesunguhnya Allah telah menjadikan rezekiku terletak di bawah lindungan
tombakku.”
Sambung Ahmad bin Hanbal lagi: Apa
tidak pernahkah ia mendengar sabdanya lagi ketika ia menyebutkan tentang burung
yang setiap pagi telah pergi dalam keadaan lapar, kemudian kembali di waku
petang dengan perut yang berisi makanan. Tentu sekali burung yang keluar
pagi-pagi hari itu untuk mencari rezekinya.
Para sahabat Nabi s.a.w. juga keluar berniaga dengan melanda darat dan
mengharungi laut, kerana mencari rezeki masing-masing. Ada pula yang bekerja di
ladang-ladang kurma mereka sendiri. Memang tidak ada yang lebih baik, selain
dari mencontohi merekadalam segala gerak lakunya, terutama sekali lagi orang
yang tiada menerima harta warisan, maka tiada jalan lain untuk menyelamatkan
diri mereka itu, melainkan dengan berusaha dan bekerja.
Selanjutnya meninggalkan bekerja itu sememangnya lebih afdhal bagi seseorang
alim yang bekerja untuk mendidik anak bangsa dan mengajar orang ramai dengan
ilmu-ilmunya yang akan memberi manfaat mengenai urusan keagamaan mereka,
seperti mufti yakni yang pakar dalam ehwal ilmu-ilmu Fiqh, Tafsir, Hadis dan
sebagainya. Begitu juga, bagi orang yang mengurus maslahat-maslahat kaum
Muslimin, seperti sultan, hakim dan saksi, Orang-orang ini sekiranya mendapat
habuan dari harta benda yang memang dkhaskan untuk maslahat kaum Muslimin ataupun
dari wakaf-wakaf yang diperuntukkan khas bagi fakir miskin atau para ulama,
maka kecenderungan mereka dalam hal-ehwal keagamaan dan pendidikan orang ramai
itu lebih utamanya daripada mereka meninggalkan kerja-kerja ini dan lari
mencari rezeki untuk sara hidup mereka. Oleh itu para sahabat telah menunjuk
Abu Bakar as-Siddiq r.a. supaya meninggalkan berniaga di pasar, apabila beliau
dilantik menjadi Khalifah sebab kerja-kerja Khalifah itu terlalu berat yang tak
dapat tidak akan memesongkan dari tanggungjawabnya. Tetapi beliau terus
berusaha untuk mencari sara hidupnya.
Khalifah Abu bakar as-Siddiq hanya mengambil biaya secukup-cukupnya saja dari
harat benda Baitul-Mal dan beliau sendiri berpendapat yang demikian itu lebih
utama. Tetapi, apabila beliau meninggal dunia diwasiatkan agar semua harta
benda yang telah diambilnya dari Baitul-mal itu dikembalikan semula, meskipun
pada mulanya beliau telah menyetujui bahwa pengambilan harta benda itu adalah
suatu pendapat yang terbaik.
Melaksanakan keadilan dan menjauhi
penganiayan dalam mu’amalah
Ketahuilah bahawasanya bermuamalah
itu terkadang-kadang berlaku atas dasar penganiayaan, sehingga orang yang
menjalankan mu’amalah itu terdedah kepada kemurkaan Allah Ta;ala. Dan penganiayaan
yang membawa kemudharatan kepada orang lain itu terbagi kepada bahagian yang
bahayanya menyentuh pihak umu atau orang ramai sekalian, dan bahagian yang
bahayanya menimpa orang perseorangan saja.
BAHAGIAN PERTAMA: MU’AMALAH YANG
BAHAYANYA MENYENTUH UMUM
Adapun mu’amalah yang membawa bahaya kepada sekalian orang ramai itu ada
banyak, terutama sekali yang berikut ini:
(1)
Penimbunan atau memonopoli: Orang
yang menjual barang-barang keperluan sehari-hari bila menimbun atau menahan
barang-barang itu dari penjualan untuk menunggu naik hartanya adalah suatu
kezaliman secara umum yang mana agama mengutuk pelakunya, terutama sekali pada
masa kekurangan barang-barang makanan sedangkan manusia yang memerlukannya
semakin bertambah. Maka menahan penjualannya tentu sekali akan menimbulkan
banyak kesusahan kepada umum. Sebaliknya jika barang-barang keperluan itu,
sememangnya banyak dalam pasaran dan orang ramai tidak menunjukkan semacam
keperluan kepadanya, atau tidak mahu membelinya melainkan dengan harga yang
rendah, lalu tuan punya barang-barang itu ingin menyimpannya sehingga meningkat
semula harganya dan niatnya bukanlah untuk menunggu masa kekurangan
barang-barang itu, maka yang demikian itu bukanlah dikira menimbun, dan ia
tidak termasuk dalam ketegori menyusahkan orang-orag ramai. Tetapi jika masa
itu memang masa kekurangan barang-barang keperluan, dan tuan punya
barang-barang itu berniat menahan penjualannya, maka dalam hal ini tentulah
nyata menimbulkan mudharat pada orang ramai dan yang demikian tidak syak lagi
hukumnya haram.
Meskipun keadaan tiada menampakkan
mudharat, namun menimbun makanan itu tetap tidak terlepas dari hukum makruh,
kerana tujuan orang yang menimbun itu ialah menantikan masa timbulnya bahaya, iaitu
kenaikan harganya. Manakala hukum menantikan masa timbulnya bahaya itu dilarang
keras oleh agama, sebagaimana menantikan adanya bahaya itu dilarang kerasa oleh
agama sebagaimana menantikan adanya bahaya itu sendiri. Walau bagaimanapun,
peringkat-peringkat bahaya itu berbeda-beda kadarnya, menurut perbedaan
tingkatan-tingkatan makruh dan haram.
(2)
Mengedarkan wang palsu dalam berjual
beli atau bertukar-tukar mata wang. Ini suatu penganiayaan kerana ia
membahayakan orang yang berjual beli, jika ia tiada mengetahui. Jika ia
mengetahui maka ia telah menipu orang lain pula, sehingga mata wang palsu itu
bertukar-tukar tangan, dan tersebarlah mudharat itu di antara mereka yang tentu
sekali akan menimbulkan berbagai-bagai kerosakan. Dengan itu maka dosa sekalian
orang yang menyebarkan mata wang palsu itu balanya akan kembali kepada dirinya,
sebab dialah punca dosa tersebut sebagai orang yang membuka pintunya.
Ada pendapat yang mengatakan, bahwa
membelanjakan wang palsu itu lebih berat dosanya daripada mencuri seratus
dirham, kerana mencuri itu adalah maksiat yang dilakukan sekali saja, dan
perkaranya telah selesai dan haibis. Manakala membelanjakan wang palsu itu,
mungkin sekali ia akan menanggung dosanya, sehingga selepas ia mati sampai seratus
atau dua ratus tahun, yakni sehinggalah rosak atau binasa wang palsu itu
barulah terputus dosanya. Tambahan pula ia akan menanggung ap yang telah
terkurang daripada harta benda orang lain yang mendapat wang palsu tersebut.
Alangkah bahagianya manusia yang
bila mati, akan mati bersamanya semua dosa-dosanya akan celaka yang tak
sudah-sudah pula bagi manusia yang bila mati, akan berterusan pula dosa-dosanya
seratus tahun atau lebih dari itu, ditimpakan ke atasnya azab dalam kubur dan
akan ditanya mengenainya sehingga perkara itu tidak berlaku lagi.
Allah telah berfirman:
“Kami (Allah mencatat apa yang telah mereka lakukan terdahulu dan
kesan-kesan dari amalan-amalan
mereka.”
(Yasin: 12)
Maksudnya kami tuliskan juga segala yang terkemudian dari kesan-kesan perbuatan
mereka, sebagaimana kamu menuliskan yang terdahulu daripadanya.
Allah telah berfirman lagi:
“Akan diberitahukan kepada manusia pada hari itu apa saja amalan yang
dilakukan terdahulu dan terkemudian.
(al-Qiyamah: 13)
Maksudnya, sebenarnya diperkirakan di kemudian hari kesan amalannya dari
anjuran-anjuran yang tak baik, yang dilakukan oleh orang-orang sesudah matinya.
Dalam mata wang yang palsu itu ada beberapa perkara yang harus diperhatikan
iaitu:
(1)
Jika wang palsu itu dikembalikan
kepadanya semula, maka hendaklah ia membuangnya di dalam perigi suapay tidak
terjatuh ke tangan orang lain. Ingatlah jangan sampai ia menggunakan wang palsu
itu semula dalam perkara jual belinya yang lain. Jika ia mencacatkan wang itu
sehingga tidak laku lgi, tidak mengapa.
(2)
Seorang peniaga hendaklah tahu
membedakan antara mata wanga yang tulen dengan mata wang yang palsu, supaya
tidak tersalah ambil lalu dia memberikannya pula kepada orang lain tanpa
diketahuoi mata wang itu sebenarnya palsu. Maka berdosalah ia kerana perbuatann
itu, disebabkan kecuaiannya tidak mahu mempelajari mengenal mata wang. Sebab
setiap pekerjaan yang kalau diketahuinya dapat dijadikan bahan nasihat kepada
kaum Muslimin, wajiblah ia mempelajarinya.
(3)
Jika seseorang mempunyai mata wang
yang bulatannya kurang besar dari bulatan mata wang negerinya, maka hendaklah
ia memberitahu orang yang bermu’amalah dengannya. Ataupun jika ia hendak
menggunakan juga, maka bolehlah diberikannya kepada orang yang ia benar-benar
mengetahui bahwa orang itu tidak akan menggunakannya lagi kepada orang lain
secara penipuan. Tetapi jika ia menyerahkan mata wang itu kepada orang yang
mengedarkannya lagi kepada orang lain, maka penyerahannya samalah seperti
menyerahkan kepada orang yang mahu melakukan kerosakan. Malah keadaanya samalah
seperti menjual buah anggur kepada orang yang hendak membuat arak. Hukum jual
beli serupa itu adalah haram dan dikira membantu dalam melakukan perkara yang
salah dan dosa. Manakala penjualannya disamakan seperti berkongsi dosa dengan
pembeli yang membuat arak itu. Memelihara diri dari tercebur ke dalam
perkara-perkara serupa ini dalam urusan perniagaan adalah lebih patut
diberatkan daripada memelihara amalan-amalan ibadat sunnat dan menyediakan diri
untuk melakukannya.
BAHAGIAN KEDUA: MU’AMALAH BAHAYA
YANG MENYENTUH ORANG PERSEORANGAN.
Segala yang boleh mendatangkan kerugian kepada orang lain adalah penganiayaan.
Maka keadilan itu ialah tidak menimpakan kerugian ke atas saudaranya yang
Muslim. Sebagai pedoman yang harus dijaga ialah: Hendaklah ia tiada menyukai bagi
saudaranya melainkan apa yang disukai bagi dirinya. Oleh itu segala perlakuan
yang mungkin menyukarkan dirinya sndiri atau memberatkan hatinya, maka
janganlah dilakukannya terhadap saudaranya yang Muslim. Yang wajar biarlah
dipandang wangnya sama dengan wang saudaranya. Ini sebagai kesimpulannya.
Adapun keterangan lanjutanya ada empat perkara iaitu:
(1)
Janganlah hendaknya ia terlalu
memuji-mujia atas barang dagangannya secara omong kosong, kerana yang demikian
itu adalah suatu kebohonmgan. Kiranya si pembeli terpengaruh dengan kata-kata
puji itu lalu membelinya, maka itu adalah suatu pengeliruan dan penganiayaan.
Jika si pembeli terpengaruh dengan kata-kata puji itu lalu membelinya, mak itu
adalah suatu pengeliruan dan penganiayaan. Jika si pembeli menolak maka
ternyatalah kerana adanya sikap kebohongan itu, dan jatuhlah warwahnya di
hadapan si pembeli tadi. Kalau hendak memuji barang dagangan itu, biarlah yang
benar dan betul-betul, tanpa berlebih-lebihan atau melampaui batas. Janganlah
sekali-seklai bersumpah kerananya, sebab jika sumpahnya itu palsu maka ia telah
membuat sumpah bohong, dan sifat ini termasuk perkara-perkara dosa besar. Jika
ia bersumpah benar, maka ia telah menjadikan nama Allah sebagi bahan permainan
dalam sumpah itu, dan ini termasuk sifat keji pula. Sebab urusan keduniaan itu
lebih rendah daripada seseorang berniat untuk melariskan barang dagangannya
dengan bersumpah dengan nama Allah, tapa perlu bersumpah.
Dalam Hadis tersebut:
“Neraka Wail bagi peniaga yang
bersumpah: Demi Allah, Wallahi, tidak demi Allah, dan Neraka Wail juga bagi
pekerja yang suka membohongi janji: esok atau lusa.”
Sabda Rasulullah yang lain:
“Sumpah bohong untuk melariskan
barang dagangan akan melenyapkan keberkatan dalam perusahaan.”
(2)
Hendaklah ia menjelaskan segala
cacat-cacat barang dagangannya yang terlihat ataupun tersembunyi. Tidak boleh
disembunyikan tentang cacat-cacatnya. Itu adalah wajib. Jika ia menyembunyikan
juga kecacatan itu menjadilah seorang penipu atau penganiaya, sedangkan
penipuan itu adalah hukumnya haram. Dengan itu juga ia telah tidak mengendahkan
kebenaran dalam perkara jual beli sedangkan sifat ini adalah wajib. Jika
seseorang pedangan menunjukkan bahagian yang baik dari baju yang dijualnya
sedangkan bahagian yang tak baik diselindungkan, maka ia telah menjadi seorang
penipu. Begitu juga ia mendedahkan pakaian yang diperdagangkan itu di
tempat-tempat yang gelap, ataupun menunjukkan pasangan kasut atau sepatu yang
baik saja, sedangkan yang tak baik tidak ditunjukkan, ini termasuk juga sebagai
seorang pedagang penipu.
Dalil yang menunjukkan pengharaman
penipuan ialah riwayat berikut yang menjelaskan: Pada suatu hari Rasulullah
s.a.w. berjalan ke tempat seorang yang menjual makanan, terasa keinginan
baginda kepada makanan itu, lalu dicecahkanlah tangannya pada makanan itu dan
didapatinya basah. Maka baginda bertanya: Mengapa basah! Jawab penjual: Kerana
terkena hujan. Maka baginda bersabda pula: Mengapa makanan itu tidak engkau letakkan
di atas meja supaya dapat dilihat oleh orang. Siapa yang menipu kita (kaum
Muslimin), maka dia bukan termasuk golongan kita.
Dalil yang menunjukkan wajib berlaku
jujur dengan menyatakan cacat-cara pada barang dagangan ialah riwayat dari
Rasulullah s.a.w. iaitu: Apabila Rasulullah s.a.w. selesai menerima bai’at
Jarir kerana memeluk Agama Islam, Jarir pun ingin kembali, maka oleh Rasulullah
ditariknya baju Jarir seraya mensyaratkan atasnya supaya berlaku jujur terhadap
setiap Muslim. Apabila Jarir mengeluarkan barang dagangannya untuk dijual,
ditelitinya terlebih dahulu cacat-cacat barang itu, kemudian disuruh pembeli
memilih, katanya: Jika mahu ambillh, jika tak mahu tinggalkanlah disitu, Ada
orang berkata kapada Jarir: Wahai Jariri! Kalau engkau buat macan ini nanti tak
laku semua barang-barang engkau itu. Jarir menjawab: Kami semua telah membai’at
Rasulullah s.a.w untuk berlaku jujur terhadap setiap Muslim.
Cerita yang lain pula dari Watsilah
Ibnul-Aqsa’ yang pada suatu hari sedang berdiri di suatu tempat. Pada ketika
itu dilihatnya seorang menjual untanya dengan harga 300 dirham. Watsilah lalai
sehingga orang itu telah pergi dari siti bersama unta yang dibelinya. Kemudian
Watsilah menjerit-jerit mengejar si pembeli itu seraya bertanya: Tuan beli unta
itu untuk disembelih atau untuk ditunggang? Jawab orang itu: Untuk ditunggang.
Berkata Watsilah: Kalau begitu saya patut memberitahu tuan, bahwa di kaki unta
itu ada lubang yang saya lihat dengan mata kepada saya sendiri, nanti tentutlah
unta itu tak kuat untuk berjalan terus-menerus. Maka si pembeli unta itu
kembali semula ingin mengembalikan unt atersebut kepada si penjual, sehingga
penjualnya bersetuju emngurangkan harganya sebanyak 100 dirham lagi. Penjual
itu lalu berkata kepada Watsilah: Moga-moga Tuhan merahmatimu, sebenarnya
engkau telah merosakkan penjualanku. Lalu dijawab oelh Watsilah: Bukankah kita
telah membai’at Rasulullah s.a.w. untuk berlaku jujur terhadap setiap Muslim?
Tidakkah engkau pernah mendengar sabda Rasulullah s.a.w:
“Tiada halal bagi seseorang menjual
sesuatu barang, melainkan ia menerangkan kacacatannya, dan tiada halal bagi
orang yang mengetahuinya, melainkan mesti diterangkan kecacatan itu.”
Difahamkan dari perkataan berlaku
jujur itu, ia tiada redha untuk saudaranya, melainkan apa yang ia meredhakan
untuk dirinya sendiri. Dan sifat ini juga tiadalah dikira suatu keutamaan
ataupun kelebihan martabat, tetapi mereka meyakini bahwa yang demikian itu
sebagai syarat-syarat kesempurnaan Islam seseorang yang termasuk ke dalam
bai’at (janji persetiaan)
Meskipun melakukan perkara serupa
itu agak sedikit berat bagi jiwa tetapi akan segera menjadi enteng atas
seseorang manusia, bila ia mempercayai dua perkara berikut:
(1)
Dia harus meyakinkan dalam dirinya bahwa
pengeliruan terhadap kecacatan sesuatu barabf itu, dan melariskannya secara
tipu daya tidak akan menambah rezekinya, malah akan memusnahkan dan
menghapuskan segala keberkatannya. Mungkin sekali Allah akan memusnahkan semua
harta benda yang dikumpulkannya dari perbuatan yang mengelirukan itu sekaligus.
Ada suatu cerita: Seorang yang
mempunyai seekor lembu betina, dia sering memerah susu lembu itu lalu
dicampurkan dengan air, kemudian baru dijualnya di pasar. Pada suatu hari Allah
mentakdirkan datang air bah lalu menenggelamkan lembu itu. Maka berkata
anak-anak orang itu: Sebenarnya air bah itu ialah air-air yang kita campurkan
hari-hari dengan susu, ia telah berkumpul menjadi satu kini, lalu mengambil
lembu itu dari tangan kita.
Alangkah benarnya hujah anak-anak
orang itu? Mengapa tidak? Bukankah ada sebuah Hadis yang berkata:
“Dua orang yang berjual beli itu,
bila mereka berkata benar dan berlaku jujur niscaya akan diberkatilah pada
kedua jual belinya. Tetapi jika keduanya menyembunyikan sesuatu atau berbohong,
niscaya akan tercabutlah keberkatan dari jual beli keduanya.”
Hadis yang lain pula:
“Tangan Tuhan bersama-sama kedua
orang yang berkongsi selagi mereka tiada khianat-mengkhianati. Jika mereka
khianat-mengkhianati akan terangkatlah tangan Allah itu daripada mereka”
tegasnya: Harta benda tidak akan
bertambah jika berlaku pengkhianatan, sebagaimana ianya tiada akan berkurang
kerana dikeluarkan sedekah.
(2)
Hendaklah ia mengi’tikadkan
sebenar-benar i’tikada supaya sifat kejujuran itu menjad lebih sempurna dan
mudah dilakukan, bahwasanya keuntungan di akhirat dan kekayaann di sana itu
lebih utama dari keuntungan dan kekayaan di duni, dan bahwasanya kemanfaatan
harta benda keduniaan itu akan habis bila terakhir umur seseorang dalam
kehidupan dunianya, manakala penganiyaan dan dosanya akan tetap berkekalan.
Jadi, bagaimana seseorang yang waras fikiranya sanggup menukarkan seseuatu yang
nilainya rendah dengan yang nilainya tinggi dan baik. Bukankah kebaikan itu
terletak pada keselamatan agama?
Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w.
berkata:
“Seseorang itu belum beriman dengan
al-Quran selagi ia menghalalkan apa-apa yang diharamkan olehnya.”
Oleh itu barangsiapa yang mengetahui, bahwa semua perkara yang tersebut itu
akan mencacatkan keimanannya, sedangkan ia yakin pula, bahwa hanya keimanan
sajalah yang boleh menjadi jaminan dalam perniagaan keakhiratannya, tentulah ia
tidak akan mensesiakan jaminan yang disediakan bagi suatu umur yang tiada
akhirnya, justeru keuntungan yang dapat diambil manfaatnya untuk beberapa hari
saja.
Setengah para tabi’in berkata: Andaikta saya masuk ke Masjid Jami’ sedangkan
orang telah ramai di dalamnya, kemudian saya ditanya: Siapakah yang paling baik
dan siapa yang paling jahat, niscaya saya akan berkata: Sebaik-baik mereka itu
ialah orang yang paling jujur dalam perkara berjual-beli, dan sejahat-jahat
mereka itu ialah orang yang menipu dalam berjual belinya.
Ketahuilah, bahwa melakukan penipuan dalam perjualbelian dan perusahaan adalah
haram hukumnya. Oleh itu seseorang pengusaha tidak boleh menganggap enteng saja
terhadap perusahaannya, sebab kalau orang lain melakukan serupa itu terhadap
dirinya, tentulah ia tiada akan redha. Hendaklah ia memperbaiki perusahaannya
dan meneliti kerja-kerjanya. Kemudian hendaklah ia menerangkan kecacatannya,
jika memang ada cacat. Dengan cara begini akan terlepaslah ia dari
tanggungjawab:
Seorang tukang kasut bertanya kepada Ibnu Salim: Bagaimana caranya supaya saya
terselamat dalam perkara menjual kasut? Ibnu Salim menjawab: Buatkanlah muka
kasut itu sama rata, jangan sampai yang kanan lebih tinggi dari yang kiri.
Perbaiki lapisannya sehingga yang satu salin tak tumpah pada yang lain, jadikan
jahitannya sama antara satu dengan yang lain, dan jangan meletakkan yang satu
atas yang lain ketika menjualnya.
Imam Ahmad bin Hanbal r.a. ketika ditanya tentang penampalan baju sehingga
tidak ketara koyaknya, beliau berkata: Tidak boleh menampalnya, jika ia tahu
tuan punya baju itu bile menjualnya nanti ia tidak akan memberitahu pembelinya
akan cacat baju tersebut. Boleh menampal serupa itu, jika tukang penampalnya
yakin bahwa is penjual akan memaklumkan tentang kecacatan barang dagangannya
ataupun bukuan untuk dijual lagi.
Jika ada orang berkata, bahwasanya perkara jual beli itu akan menjadi terlalu
sukar jika diwajibkan ke atas pedagangan untuk menyatakan kecacatannya. Maka
saya menjawab tentangan itu dengan berhujah: Keadaannya tidaklah sedemikian
sukar sekali. Tetapi jika pedagang mensyaratkan atas dirinya, bahwa ia tiada
akan membeli barang-barang dagangan untuk dijual semula, melainkan yang
baik-baik belaka, yang ia redha untuk kegunaan dirinya sendiri kalaulah ia yang
menjadi pembelinya. Dengan cara begini tentulah tidak akan berlaku pengeliruan
atau penipuan. Barangsiapa sikapnya seperti in tentu tidak akan membeli
barang-barang dagangan melainkan yang baik-baik saja. Meskipun memang
jarang-jarang sekali terdapat dalam barang-barang dagangannya itu yang ada
cacatnya, maka hendaklah ia menunjukkannya juga kepada pembeli, kemudian
menjualnya dengan seberapa yang dapat saja.
Ibnu Sirin
menjual kambing kepada seorang, lalu dia berkata kepada pembeli kambing itu: Ia
selalu membolakbalikkan makanan degan dengan kakinya.
Demikian caranya perjalanan
orang-orang ahli agama yang teguh imannya kepada Allah.
(3)
Janganlah menyembunyikan cacat dalam
penakaran atau timbangan, iaitu membetulkan timbangannya dengan menambah
sedikit supaya terkeluar dari kehilafan. Hendaknya bagaimana ia menerima
tekaran dari orang lain, begitu pula ia menakar kepada mereka.
Allah telah berfirman:
“Neraka Wail bagi orang-orang yang
mengurangi timbangan. Apabila meraka menyukat untuk dirinya diminta dicukupkan
dan apabila mereka menyukat untuk orang lain atau menimbang lalu
dikurangkannya.”
(al-Mutaffifin: 1-3)
Dia tidak akan terselamat dari
perkara yang terlarang ini, melainkan jika ia melebihkan sedikit jika ia
menakar atau menimbang untuk dirinya sendiri. Sebab sukar sekali hendakl
digambarkan keadilan yang sebenarnya. Dari itu sebaik-baiknya ia melahirkan
keadilan itu dengan menambah atau mengurangi sedikit, sebagai mana yang
tersebut di atas kerana orang yang mengambil haknya secukup-cukupnya akan
hampir melampaui hak orang lain.
Setengah orang berkata: Saya tidak
ingin membeli Neraka Wail daripada Allah dengan sebutir (yakni lebih sebutir
saja).
Orang yang mencampurkan makanan
dengan tanah atau sebagainya kemudian menakarnya, maka ia tergolong orang-orang
yang mengurangi takaran. Penjual daging yang menimbang daging bercampur
seumpama itu, tergolong orang-orang yang mengurangi timbangan juga. Keadaan
seperti ini boleh dikiaskan pada segala barang dagangan yang lain; seperti
pengukuran yang biasa digunakan oleh penjual kain. Ketika ia mengela untuk
membeli dikendurkan kain itu ke bawah sedikit, tetapi bila ia mengela untuk
menjual ditarik kain itu sampai tegang. Semua ini dilakukan supaya terdapat
perbedaan di dalam elaannya itu. Pedagang-pedagang yang mengamalkan cara begini
tentu tidak akan terselemat, dan tergolong orang-orang yang mengurangi
pengukuran yang bakal menariknya ke dalam Neraka wail.
(4)
Hendaklah berkata benar pada
menyatakan harga setiap waktunya dan jangan sekali-kali merahsiakannya.
Rasulullah s.a.w. melarang keras untuk menghadangkan kafilah perdagangan yang
sedang dalam perjalanannya dan melarang juga dari suka menaikkan harga
barang-barang. Adapun menghadang kafilah perniagaan itu ialah untuk
menyambutnya di luar kota, lalu memborong semua barang-barang dagangan mereka
dengan memberikan harga yang tidak betul dari harga dalam negeri. Rasulullah
s.a.w pernah bersabda: Jangan kamu menghadang kafilah-kafilah perdagangan. Akan
tetapi jika ada orang yang menghadanginya, maka terserahlah kepada tuan punya
barang dagangan itu, kepada siapa yang ia ingin menjual barang-barang
dagangannya: iaitu sesudah sampai terlebih dulu di pasar.
Dilarang juga seorang kota menjual
bagi pihak orang Badwi, iaitu apabila seorang Badwi datang ke kota membawa
barang-barang dagangannya yang hendak dijual dengan segera. Tetapi datang pula
seorang kota berkata kepadanya: Tinggalkanlah barang-barang itu kepadaku supaya
aku menaikkan harganya dan kita menunggu sampai harganya naik dulu.
Dilarang juga meninggikan harga,
iaitu apakala seorang datang kepada penjual barang yang sedang ditawarkan
kepada seorang pembeli lalu dia pula sengaja meninggikan harganya, sedangkan
maksudnya bukan hendak membeli, tetapi untuk menaikkan semangat si pembeli
supaya lekas menawar dan membeli barang-barang itu.
Semua larangan ini menunjukkan,
bahwasanya tidak dibolehkan seseorang itu mengelirukan terhadap penjual dan
pembeli dalam perkara harga sehari-hari yang kiranya mereka mengetahui barang
kali mereka tiada berani membuat perjanjian jual beli. Melakukan yang demikian
itu adalah sebagai penipuan yang haram yang bertentangan dengan kejujuran yang
wajib ada dalam perkara jual beli. Yang lain pula, tidak bolehlah dia mengambil
kesempatan atau menunggu kalalaian tuan punya barang dagangan itu lalu
menyembunyikan pula tentang kenaikan harga dari si penjual ataupun turunnya
harga kepada si pembeli. Jika melakukan juga, niscaya ia menjadi seorang yang
zalim, yang membelakangi keadilan dan kajujuran bagi kaum Muslimin. Dan apakah
ia menjual dengan untung atau dengan modal saja seperti katanya: Sebenarnya
saya menjual ini dengan harga modal, maka hendaklah is berkata benar. Sesudah
itu hendaklah ia memberitahu segala kecacatan atau kekurangan yang ada pada
barang yang dijual itu sesudah dijalankan akad jual belinya.
Ihsan dalam mu’amalah
Allah s.w.t. telah memerintahkan kita supaya berlaku adil dan berbuat baik pada
setiap sesuatu. Keadilan itu adalah sebab keselamatan saja, dan ia pula
diumpamakan di dalam perniagaan sebagai saluran keselamatan modal. Manakala
ihsan atau berbuat baik sebagai sebab kemenangan dan penerimaan kebahagiaan,
dan ia pula diumpamakan di dalam perniagaan sebagai saluran keuntungan. Tiadalah
dikira seseorang itu berakal sempurna, selagi ia merasa puas dengan
urusan-urusan keduniaan dengan setakat modal yang ada padanya saja. Begitu pula
halnya dengan urusan-urusan keahiratan juga.
Tiada sepatutnya seseorang yang beragama itu merasa puasa dengan melakukan
keadilan semata-mata serta menjauhi penganiayaan, sedangkan pintu-pintu
keihsanan atau berbuat baik ditinggalkan begitu saja.
Allah telah berfirman:
“Dan berbuat baiklah, seperti Tuhan berbuat baik kepadamu.”
(al-Qashas: 77)
Berfirman Allah lagi:
“Sesungguhnya Allah menyuruh berbuat keadilan dan keihsanan.”
(an-Nahl: 90)
Allah berfirman:
“Sesunguhnya rahmat Allah itu paling hampir kepada orang-orang yang berbuat
baik”
(al-A’raf: 56)
Ketahuilah seseorang yang berjual beli itu akan mencapai tingkatan keihsanan
itu, dengan salah satu enam perkara yang berikut:
(1)
Pengelabuan mata dalam
perrjualbelian. Hendaklah ia tidak mengelabui mata rakannya dalam berjual beli
terhadap barang-barang yang biasanya tidak boleh dilakukan pengelabuan. Adapun
pengelabuan itu pada asalnya memanglah dibolehkan dalam melakukan jual beli,
kerana tujuan utama dari berjual beli itu ialah untuk mendapatkan keuntungan
dan ia tidak akan berhasil melainkan dengan taktik dan pengelabuan yang
tertentu. Meskipun begitu maka hendaklah perenggan keuntungan itu jangan
terlalu jauh. Sesiapa yang cukup dengan sedikit keuntungan akan larislah
perniagaannya dengan baik, dan dari keuntungan-keuntunagn yang sedikit itu,
lama-lama menjadi bukit, Itulah yang dikatakan perniagaan yang diiringi dengan
keberkatan.
(2)
Menanggung kerugian. Seseorang
pembeli yang membeli makanan dari seorang yang lemah ekonominya, ataupun
membeli sesuatu barang dari seorang yang miskin, sebaiknya ia menanggung
sedikit kerugian dari mereka itu dan cuba mengambil jalan mudah. Dengan itu dia
akan menjadi seorang yang berbuat baik, dan termasuk ke dalam sabda Nabi
s.a.w.:
“Allah merahmati orang yang mudah
jualannya dan orang yang mudah pembeliannya.”
Adapun menanggung kerugian dari
seorang kaya, maka itu bukanlah sifat yang terpuji, malah itu adalah
mensia-siakan harta tanpa mendapat apa-apa pahala atau kepujian.
Kabanyakan para salaf sentiasa berjimat-cermat bila membeli sesuatu barang.
Meskipun begitu keadaannya, tetapi mereka sentiasa memberikan orang ramai
banyak dari harta kekayaannya. Ada yang bertanya mengapa sikap tuan-tuan macam
itu? Mereka menjawab: Sesungguhnya orang yang memberi itu, memberikan dari
kelebihannya, manakala orang yang mengelabui mata dalam berjual beli itu, dia
mengacau fikiran.
(3)
Dalam menunaikan harga atau nilai
barang, serta membayar seua hutang dengan cara berihsan, kadang-kadang dengan
memaafkan hutang itu sekaligus, atau menggugurkan sebahagiannya. Kadang-kadang
dengan memberi tempoh, atau menangguhkannya ke masa yang panjang. Dan
kadang-kadang dengan mempermudahkan, sehinngga terdapat mata wang yang sah.
Semua itu hukumnya harus dan amat digalakkan sekali.
Dalam sebuah sabda Rasulullah
s.a.w.:
“Sesiapa yang meminjamkan satu dinar kepada sesuatu masa yang tertentu, maka
baginya setiap hari sedekah sehingga samapai tempohnya. Apabila cukup
tempohnya, lalu diperpanjangkan lagi tepohnya, maka baginya setiap sehari
sedekah seperti banyaknya hutang itu.”
Rasulullah s.a.w. pernah memerhatikan seseorang menagih hutang kepada yang
lain, lalu baginda mengisyaratkan supaya dia memaafkan separuh dari hutang itu.
Penagih hutang bersetuju, lalu baginda berkata kepada yang berhutang: Ayoh,
bayar segera!
(4)
Cara membayar hutang: Sayugialah
hendaknya dibayar hutang itu dengan secara baik, iaitu orang yang berhutang itu
sendiri pergi mendapatkan orang yang menghutangkan dan jangan sampai ia
menyusahkan orang yang mempunyai hak itu datang menuntutnya Rasulullah s.a.w.
telah bersabda:
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang
baik cara menunaikan hutangnya”.
Orang yang berhutang, bila mendapat kelapangan, hendaklah segera menyelesaikan
hutangnya, walaupun tempohnya belum sampai lagi. Jika telah sampai waktunya,
sedangkan ia tidak mempunyai wang untuk membayar, hendaklah ia berniat di dalam
hati, bahwa ia akan membayar hutangnya itu bila mampu. Jika orang yang
mempunyai hak menuntutnya dengan kata-kata yang kasar atau sebagainya,
hendaklah ia bersabar dan menahan marah. Malah sebaliknya, hendaklah ia
menjawab dengan lemah lembut dan nada suara yang rendah, iaitu mengikut
perilaku Rasulullah s.a.w. sewaktu baginda dituntut oleh orang yang
menagih hutang daripadanya dengan cara yang kasar; lalu setengah para sahabat
mahu bertindak terhadap orang itu, maka Rasulullah menahan mereka sambil
menyeru: Biarkanlah ia dengan sikapnya, kerana orang yang mempunyai hak itu ada
jalan untuk berkata apa saja.
Dari cara berihsan atau berbuat baik juga, hendaklah ia bersifat belas kasihan
terhadap orang yang berhutang yang tak mampu untuk membayar hutangnyaa, bila
menjatuhkan hukuman ke atasnya.
(5)
Hendaklah ia bersetuju mengurangkan
harga, bila pembeli meminta pengurangan: iaitu setelah selesai akad jual beli,
sebab ia tidak mungkin meminta pengurangan harga, melainkan ia telah merasa
menyesal di dalam hati, ataupun setelah terasa sesuatu mudharat tertimpa atas
dirinya kerana jual beli itu. Maka tidak semestinya si penjual merasa senang
hati, sebab kemudharatan saudaranya itu berpunca dari dirinya. Dalam sebuah
sabda:
“Sesiapa yang mengurangkan harga
pembelian seseorang yang merasa menyesal atas jual belinya, niscaya Allah akan
mengurangkan kesalahannya di Hari Kiamat”
(6)
Hendaklah is menguruskan jual
belinya terhadap kaum fakir miskin dengan segala kelonggaran yang boleh. Dalam
pada itu, ia berniat di dalam hati tidak akan menuntut jika mereka dalam
kesusahan. Para salaf Saleh biasanya berkata kepada si fakir: Ambillah apa yang
engkau hajati, bila ada kelapangan barulah bayar. Kalau tidak, maka anggaplah
ia sebagi halal dan sedekah. Begitulah caranya para salaf mengurus
perniagaannya. Kesimpulannya perniagaan itu ialah puncak ujian seseorang. Di
sinilah dapat di uji agama seseorang dan kawara’annyaa.
Sikap
seorang pedagang terhadap agamanya.
Tiadalah patut seseorang pedagang melebihkan urusan keduniaannya, sehingga ia
terlalai pula dari urusan keakhiratannya. Kalau demikian sikapnya, tentulah
seluruh umurnya akan menjadi sia-sia belaka dan perniagaannya menjadi rugi. Apa
yang terlepas dari keuntungan mengenai urusan akhirat, tidak dapat digantikan
dengan keuntungan yang diperolehi di dunia. Dengan itu jadilah ia sebagai
seorang pembeli kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat. Orang yang waras
fikirannya harus merasa diri sendiri, ialah dengan secara mengawas modalnya
makanakala modal yang dimaksudkan di sini ialah agamanya dan amalannya dalam
menjalankan perintah dan tegahan Allah s.w.t.
Seseorang yang ingin menyandarkan simpati terhadap agamanya tidak akan dapat
berbuat demikian, melainkan dengan perkara perkara yang berikut:
(1)
Bersih niatnya dari sejak ia
memulakan perniagaanya; iaitu hendaklah ia berniat menjalankan perniagaan itu,
supaya ia terhindar dari meminta-minta dari orang ramai, dan menjauhi perasaan
tamak dalam diri dengan menginginkan hak orang lain. Hendaklah ia memadai
dengan apa yang diperolehinya sebagai rezeki yang halal, juga dengan maksud
supaya segala keuntungan yang diperolehi itu dapat menolong dirinya dalam
menjalankan urusan-urusan keagamaan, serta mencukupi makan-minum anak isteri di
rumah agar ia tergolong orang-orang yang berjihad dalam lapangan mencari rezeki
yang halal. Dalam perniagaan itu, hendaklah ia berniat jujur terhadap sekalian
kaum Muslimin, dan hendaklah is mencintai semua makhluk Allah, sebagaimana dia
mencintai dirinya sendiri. Hendaklah ia berniat juga untuk memilih jalan
keadilan dan jalan kebaikan dalam semua perkara jual belinya, sebagaimana yang
telah kita sebutkan sebelum ini. Kemudian hendaklah ia berniat untuk menyuruh
yang baik dan melarang jahat terhadap apa saja yang dilihatnya berlaku di dalam
pasar kelak.
Semua perkara-perkara ini, jika
diniatkan d dalam hati, niscaya ia menjadi seorang yang berusaha pada jalan
menuju akhirat. Dalam urusan perniagaannya kelak, jika ia mendapat keuntungan
dari harta kekayaan, maka itu adalah kurnia dan tambahan dari Allah
azzawajalla, tetapi jika ia rugi di dunia, niscaya ia akan beruntung pula di
akhirat justeru niat-niatnya yang baik tadi.
(2)
Sebaik-baiknya ia berniat membuat
sesuatu perusahaan atau perniagaan sebagai menunaikan suatu fardhu dari Fardhu
Kifayah. Sebab jika perusahaan dan perniagaan itu diabaikan saja, tentulah akan
menjadi tempang perjalanan kehidupan masyarakat dan akan leburlah keharmonian
orang ramai. Untuk menjamin perjalanan kehidupan sekalian manusia, mestilah
dengan adanya kerjasama dari manusia itu sendiri, sehingga setiap golongan
manusia menjamin golongan yang lain dengan berbagai-bagai inisiatif.
Di antara perusahaan-perusahaan ada
yang amat penting bagi kehidupan masyarakat, dan ada pula yang tidak begitu
penting lantaran perusahaan itu hanya mementingkan kemewahan dan perhiasan
keduniaan semata-mata. Dalam memilih perusahaan-perusahaan ini, hendaklah ia
memilih perusahaan yang diperlukan untuk kemajuan masyarakat, supaya dengan
menjalankan kerja-kerjanya ia dapat memenuhi keperluan-keperluan kaum Muslimin
dan mencukupi kehendak-kehendak agama.
(3)
Jangan sampai terpengaruh sangat
dengan keadaan pasaraan duni, sehingga ia terpedaya dengannya, lalu
meninggalkan sama sekali pasaran untuk akhiratnya. Yang dikatakan
pasaran-pasaran untuk akhirat itu ialah amalan-amalan yang dilakukan di dalam
masjid-masjid.
Allah telah berfirman:
“Orang-orang yang tiada dilalaikan oleh perniagaan dan penjual beliannya
daripada berzikir kepada Allah dan mendirikan sembahyang dan mengeluarkan
zakat.”
(an-Nur: 37)
Para Salaf Saleh sentiasa berlumba-lumba pergi ke masjid, bila mendengar azan
seraya meninggalkan pasaran dan perniagaan mereka diuruskan oleh orang-orang
ahli zimmah dan anak-anak kecil.
(4)
Janganlah hendaknya ia memadai
dengan kerja-kerja yang tersebut saja, malah hendaklah ia melazimkan diri
dengan berzikir kepada Allah di dalam pasar di antara orang-orang yang sifatnya
sentiasa dalam kelalaian, kerana berbuat serupa itu adalah paling utama sekali.
(5)
Hendaklah is tiada terlalu mengambil
berat terhadap pasaran semata-mata, begitu pula dengan perniagaan saja: iaitu
menjadi orang yang pertama sekali masuk ke dalam pasar dan orang yang terakhir
kembali daripadanya.
(6)
Janganlah hendaknya ia hanya
menjauhkan diri dari perkara-perkara yang sudah terang haramnya semata-mata,
malah mestilah ia memelihara diri dari perkara-perkara yang syubhat juga; iaitu
perkara-perkara yang masih diragukan tentang hukumnya. Cara menjauhi perkara
ini dengan menanya diri sendiri secara jujur, jika ia merasa kurang senang
hendaklah ia meninggalkannya. Jika orang membawa suatu barang kepadanya yang ia
merasa syak kepadanya, hendaklah ia bertanya mengenainya terlebih dulu.
Hendaklah is menjauhkan dirinya dari berjual beli dengan barang-barang yang
berasal dari penganiayaan atau pengkhianatan atau pencurian atau riba’. Semua
barang-barang itu, jangan diperjual belikan.
(7)
Hendaklah is menjaga perjalanan
perniagaannya dengan setiap pelanggan, sebab ia akan ditanya dan
bertanggungjawab atas tiap-tiap sesuatu. Oleh itu hendaklah ia menyediakan diri
untuk menjawab tanggungjawab itu kelak di Hari Perhisaban (Hari Kiamat)
0 comments:
Post a Comment