Kitab
Adab Pernikahan
Kitab
Adab Pernikahan
Untuk menggalakkan pernikahan,
Allah s.w.t telah berfirman:
“Dan kahwinkanlah orang
bersendirian (belum kahwin) di antara kamu” (an-Nur: 32)
Ayat di atas menunjukkan suatu
perintah ke atas orang yang belum pernah berkahwin supaya berkahwin.
FirmanNya yang lain:
“Maka janganlah kamu
menghalang-halangi wanita-wanita untuk berkahwin semula dengan suami-suami
mereka.” (al-Baqarah: 232)
Ayat yang tersebut di atas pula
melarang untuk menghalang wanita-wanita yang diceraikan oleh suami-suami
mereka untuk kembali berkahwin semula dengan mereka.
Kemudian Allah s.w.t. telah
berfirman lagi dalam menghuraikan sifat-sifat para Rasul dan memuji sikap
mereka:
“Dan kami (Allah)
sungguh-sungguh telah mengutus Rasul-rasul sebelum engkau dan Kami jadikan
untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan.” (ar-Ra’ad: 38)
Allah s.w.t. telah menyebutkan
yang demikian itu untuk menunjukkan tanda limpah kurniaNya serta melahirkan
kelebihanNya. Kemudian Allah s.w.t juga memuji para waliNya dengan suatu
permohonan dalam bentuk doa sebagaimana firmanNya:
“Dan orang-orang yang berkata:
Wahai Tuhan Kami! Kurniakanlah Kami dari isteri-isteri dan keturunan kami
cahayamata kami.” (al-Furqan:
74)
Di antara Hadis pula, sabda Rasulullah
s.a.w.:
“Nikah itu adalah sunnatku,
maka barangsiapa yang benci kepada sunnatku, nescaya telah membenci aku.”
Sabdanya lagi:
“Barangsiapa yang mampu untuk
berumahtangga, maka hendaklah ia berkahwin kerana yang demikian itu dapat
memelihara mata dan menjaga kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu maka
hendaklah ia berpuasa kerana puasa itu adalah dapat menahan keinginan (hawa
nafsu).”
Hadis ini jelas menunjukkan bahawa
sebab digalakkan berkahwin itu supaya terhindar dari kecelakaan yang mungkin
dilakukan oleh mata dan kemaluan. Sebab itulah bagi orang yang tak mampu pula
digalakkan supaya berpuasa, kerana puasa itu akan melemahkan anggota seks.
Rasulullah s.a.w bersabda lagi:
“Jika yang datang meminang kepada
kamu orang yang kamu percaya tentang agamanya dan amanatnya, maka
sebaik-baiknya kamu mengahwinkannya saja. Jika tidak dikhuatiri akan berlaku
fitnah di atas muka bumi dan kecelakaan yang besar.”
Hadis ini juga menunjukkan sebab
mengapa perkahwinan itu harus digalakkan kerana ditakuti berlaku perkara yang
tak baik.
Bersabda Rasulullah s.a.w:
“Setiap amalan anak Adam akan
terputus melainkan tiga saja (salah satunya) anak yang saleh mendoakannya.”
Anak tidak akan terhasil,
melainkan dengan berkahwin.
Adapun yang mengenai atsar pula,
maka telah berkata Ibnu Abbas r.a.: Tidak sempurna ibadat orang yang
beribadat sehingga ia berkahwin. Mungkin sekali Ibnu Abbas telah
menjadikan syarat berkahwin itu sebagai sebahagian dari ibadat atau sebagai
menyempurnakan ibadat ataupun barangkali beliau bermaksud bahawa hati
seseorang itu tidak dapat mengalahkan syahwat melainkan dengan berkahwin dan
ibadat pula tidak akan sempurna melainkan dengan ketetapan dan ketenangan
hati. Ibnu Abbas selalu mengumpulkan anak-anak buahnya bila mereka telah
menginjak alam dewasa seraya berkata kepada mereka: Kamu sekalian telah
dewasa. Kalau kamu sekalian ingin berkahwin, aku bersedia untuk mengahwinkan
kamu. Sebab apabila seorang hamba itu berzina akan tercabutlah cahayan
keimanan dari hatinya.
Adapun faedah-faedah perkahwinan
ada lima iaitu:
Hal-hal yang harus diperhatikan
bila memilih jodoh.
Hal-hal baik harus diperhatikan untuk
mencapai kehidupan yang tenteram yang berkaitan dengan persoalan wanita
supaya ikatan perkahwinan menjadi kekal serta tujuan-tujuan yang baik dari
perkahwinan itu akan tercapai ialah delapan perkara:
Berikut keterangan lanjut mengenai
perkara-perkara ini secara satu persatu:
Pertama: Hendaklah isteri itu seorang yang saleh dan berpegang
teguh kepada agama. Inilah tujuan utama perkahwinan yang harus diambil berat.
Sebab sekiranya isteri itu lemah agamanya, bagaimana dapat ia memelihara diri
dan maruahnya. Kalaulah berlaku sesuatu kecemaran yang menyentuh kehormatan
dirinya, tentulah muka suami akan terconteng arang, sedang hatinya akan
tergoda oleh perasaan cemburu, manakala kehidupannya ketika itu akan menjadi
sempit. Kemudian jika si suami mengikutkan kata hati yang penuh dengan
cemburu itu, tentulah akan porak-peranda seluruh kehidupannya, dan jika dia
mengambil sikap mempermudahkan tentang perkara yang berlaku, tentulah dia
akan dituduh mengambil sikap enteng saja tentang agama dan maruahnya, dan
akan dituduh sebagai suami yang dayus. Walhasil si suami akan berada dalam
keadaan yang serba-salah sekali. Demikian pula sifat wanita yang rosak
agamanya akan sering mempermain-mainkan harta benda suaminya atau sebagainya,
sehingga hidup si suami dengannya akan sentiasa kurang tenteram. Jika suami
terus mendiamkan diri dan tidak melarang kelakuannya, nescaya ia menjadi
kongsi dalam maksiat dengan isterinya dan berarti menentang firman Allah
Ta’ala.
“Peliharalah diri kamu dan
keluargamu dari api neraka.” (at-Tahrim:
6)
Jika si suami menegah si isteri
dan melarang kemahuannya akan timbul pula pertengkaran sehingga boleh memendekkan
umur si suami. Sebab itulah Rasulullah s.a.w sangat-sangat menggalakkan dan
meransang supaya memilih wanita yang kukuh agamanya. Baginda bersabda:
“Wanita itu dikahwini kerana
hartanya atau kecantikannya, keturunannya atau agamanya, maka hendaklah anda
memilih yang mempunyai agama yang kukuh, nescaya anda akan bernasib baik.”
Kedua: Baik budi pekertinya, sebab jika isteri itu banyak
mulutnya, lidahnya suka menyebut kata-kata yang rendah, suka mengingkari
nikmat, nescaya akan lahir daripadanya lebih banyak bahaya daripada manfaat.
Kesabaran atas lidah kaum wanita seumpama ini adalah suatu cubaan yang
biasanya dicubakan oleh Allah ke tasa para aulianya.
Ketiga: Manis atau cantik rupanya; ini juga sering dituntut oleh
orang kerana dengannya akan terpelihara diri dari mencari yang lain, sebab
tabiat manusia biasanya tiada puas dengan isteri yang buruk rupa. Apa yang
kamu sebutkan supaya memilih yang teguh agamanya bukanlah berarti melarang
memilih yang cantik rupanya, bahkan yang dilarang ialah memilih yang cantik
semata-mata tanpa mementingkan perkara agama. Sebab biasanya wanita yang
cantik itu menarik orang kepada perkahwinan, sedangkan urusan keagamaannya
sering diletakkan di belakang saja. Jadi anjuran untuk memilih isteri yang
cantik itu untuk menjaga rumahtangga menjadi rukun dan damai. Malah syariat
sering mementingkan supaya memerhatikan sebab-sebab kerukunan rumahtangga
antara suami dan isteri, kerana itulah disunnatkan melihat bakal isteri
sebelum berkahwin, sebagai mana sabda Rasulullah s.a.w.:
“Apabila Allah telah mentakdirkan
cinta dalam diri seseorang dari kamu, hendaklah dia melihat kepadanya
(wanita) kerana yang demikian itu lebih terjamin untuk mengeratkan
perhubungan antara keduanya.”
Setengah para ahli wara’ tidak
akan mengahwinkan anak-anak perempuan mereka melainkan setelah dilihat oleh
calon-calon suaminya untuk memelihara diri dari tuduhan menipu.
Berkata al-A’masy: Semua
perkahwinan dijalankan tanpa diberi peluang kepada calon suami untuk melihat
terlebih dulu akan berkesudahan dengan kesusahan dan kekesalan.
Pernah diriwayatkan, seorang
lelaki berkahwin dalam zaman Khalifah Umar Ibnul-Khattab r.a. Orang ini
mengecat rambutnya yang beruban itu sehingga kelihatan sebagai seorang anak
muda. Apabila ternyata perkara itu kemudiannya, keluarga si isteri pun
mengadu kepada khalifah Umar, kata mereka: Kita menyangka ia seorang anak
muda. Maka oleh Umar dipukulnya orang itu sehingga ia mengaduh. Khalifah
berkata: Engkau telah menipu keluarga isterimu.
Penipuan serupa itu boleh berlaku
pada perkara kecantikan dan budi pekerti. Maka sewajarnyalah dilenyapkan tipu
daya dalam kecantikan itu dengan diberi tontonan terlebih dulu. Dalam akhlak
dan budi pekerti pula, dapat diketahui dengan ditanyakan kepada orang lain
ataupun dengan menyaksikan sendiri orangnya. Dan janganlah seseorang itu
berani menceritakan kelakuan orang lain, melainkan ia memang benar-benar
seorang bijaksana dan mengetahui selok-belok orang yang diceritakan itu
secara lahir dan batin, tidak cenderung kepadanya lalu dipuji secara
berlebih-lebihan, dan tidak pula membenci sehingga ia mencacinya dan
mengatakan yang bukan-bukan. Sebenarnya memang sukar sekali ditemui seorang
orang menikmati syarat-syarat ini, dan biasanya amat jarang pula seseorang
itu dapat bercakap benar dalam perkara serupa ini, malaj kebohongan dan
pengeliruan sering melanda suasana ini. Maka sayugialah bagi orang yang ingin
menjaga diri, haruslah berhati-hati dalam perkara seumpama ini.
Keempat: Hendaklah maskahwin si isteri
tidak memberatkan kerana memang dilarang oleh agama untuk memahal-mahalkan
maskahwin. Setengah para sahabat berkahwin dengan maskahwinnya emas seberat
biji kurma yang dianggarkan berharga tidak lebih dari dari lima dirham. Saib
Ibnul-Musaiyab mengahwinkan puterinya kepada Abu Hurairaah r.a dengan
maskahwinnya sebanyak dua dirham saja, kemudian dia pun menghantarkan
puterinya itu kepada Abu Hurairah pada malam itu juga dan setelah
diserahkannya di rumah Abu Hurairah lalu dia kembali, Said tidak kembali lagi
ke rumah Abu Hurairah itu melainkan setelah berlalu tujuh hari untuk
bertanyakan khabar saja.
Ada sebuah Hadis yang mengatakan
bahawa antara keberkahan seorang wanita ialah melekaskan perkahwinannnya
sehingga ia dapat melahirkan anak dan ringan pula maskahwinnya. Sebagaimana
makruh hukumnya memahalkan maskahwin wanita ke atas lelaki, demikian pula
makruh hukumnya bertanyakan harta kekayaan wanita oleh lelaki. Tidak
sewajarnyalah bagi lelaki untuk menikahi seorang wanita, kerana tamak pada
harta kekayaannya semata-mata. Jika lelaki memberikan hadiah kepada keluarga
siwanita, maka janganlah ia mengharapkan balasan dari pihak wanita, maka
janganlah ia mengharapkan balasan dari pihak wanita, maka janganlah ia
mengharapkan balasan dari pihak wanita dengan hadiah-hadiah yang lebih banyak
lagi. Demikianlah pula halnya dengan pihak wanita, kerana niat menginginkan
balasan adalah suatu niat yang tidak baik, dan termasuk ke dalam larangan
maksud ayat berikut:
“Janganlah engkau memberikan
lantaran menginginkan balasan yang lebih banyak.” (al-Muddatstsir: 6)
Kelima: Hendaklah ia mengetahui, bahawasanya si wanita itu boleh
melahirkan anak, kiranya diketahui kemandulannya, maka hendaklah ia menahan
diri dari berkahwin dengannya.
Keenam: Hendaklah wanita itu seorang gadis. Berkata Rasulullah s.a.w.
kepada Jabir yang baru menikahi seorang janda: “Mengapa tidak menikahi si
gadis yang boleh engkau bergurau senda denganmu.”
Ketujuh: Hendaklah wanita itu dari golongan keturunan yang baik,
maksudnya dari kaum yang terkenal menjaga urusan agamanya dan termasyhur
dengan perjalanannya yang lurus. Sebab wanita dari rumahtangga yang seumpama
itu akan memelihara dan mendidik putera-puterinya pada jalan yang diredhai
oleh Allah dan RasulNya. Andaikata ia seorang yang tidak berpendidikan
bagaimana ia dapat mendidik dan memelihara anak-anaknya. Dalam sebuah Hadis:
“Pilih-pilihlah tempat meletakkan air mani kamu, kerana urat itu beradu.”
Kedelapan: Hendaklah wanita itu bukan dari kerabat yang dekat, sebab
yang demikian itu akan mengurangkan syahwat, sedangkan itu merupakan perkara
utama yang menarik kepada wanita.
Tugas Wali
Seorang wali harus memerhati dan
meneliti kelakuan dan geraklaku calon suami, jangan sampai mengahwinkan
puterinya kepada seorang lelaki yang cacat atau buruk budi pekertinya, ataupun
lemah agamanya. Begitu juga seorang lelaki yang tidak mempunyai
tanggungjawab, ataupun yang tidak sekutu dengan kedudukannya. Apabila ia
mengahwinkan puterinya dengan seorang zalim atau fasik atau yang lemah
agamanya atau peminum arak, maka ia telah melanggar printah agamanya dan
ketika itu akan terdedahlah kepada kemurkaan Allah Ta’ala kerana ia telah
mencuaikan persoalan silatur-rahmi (perhubungan tali kerabat) dan telah
memilih jalan yang salah.
Seorang ayah telah datang meminta
nasihat kepada al-Hasn, katang: Telah banyak orang yang datnag meminangi
puteriku, tetapi aku tak tahu siapa yang harus kukahwinkan dia. Berkata
al-Hasan: Kahwinkanlah puterimu itu dengan orang yang banyak taqwanya kepada
Allah. Andaikata suaminya membencinya, nescaya tiada dianiayainya.
ADAB PERGAULAN SUAMI-ISTERI SEJAK
PERKAHWINAN
Kewajiban suami
Sebagai seorang suami, dia harus
memelihara kesederhanaan dan kesopanan dalam dua belas perkara iaitu:
Pertama: Mengadakan walimah atau undangan
adalah sunnat hukumnya
Berkata Anas r.a.: Apabila
Rasulullah s.a.w melihat tanda inai pada Abdul Rahman bin Auf r.a., baginda
bertanya: Apa ini? Abdul Rahman menjawab: Saya telah menikmati seorang wanita
dengan maskahwin emas seberat biji kurma. Maka Rasulullah s.a.w pun mendoakan
bagi Abdul Rahman:
“Moga-moga Allah memberkati anda!
Adakanlah walimah, walaupun dengan makan roti dan kurma.
Selain itu sunnat memberikan
tahniah (ucapan selamat pengantin baru) kepada orang yang baru berkahwin.
Seorang yang berjumpa dengan pengantin lelaki mengucapkan:
“Moga-moga Allah memberikan
keberkahan kepadamu dan keberkahan untukmu dan menghimpunkan kamu berdua
dalam kebaikan.”
Sunnat juga mengisytiharkan
perkahwinan kepada orang ramai supaya diketahui. Bersabda Rasulullah s.a.w.:
“Yang memisahkan antara yang
halal dengan yang haram ialah bunyi-bunyian rebana dan nyanyian.”
Kedua: Memelihara pergaulan yang baik dengan isteri-isteri
serta menanggung segala keburukan yang mungkin berlaku daripada mereka
sebagai menunjukkan tanda belas kasihan terhadap mereka itu.
Allah telah berfirman:
“Dan pergaulilah mereka dengan
cara yang baik.” (an-Nisa’:
183)
Allah telah berfirman lagi pada
menyatakan kebesaran hak mereka ke atas suami:
“Dan mereka sekalian
(isteri-isteri) telah mengambil suatu perjanjian yang berat daripada kamu.”
(an-Nisa’: 20)
FirmanNya lagi:
“Dan teman yang di samping.”
(an-Nisa’: 36)
Setengah para mufassirin
mengartikan ayat ini dengan isteri yang sering berada di samping suami
sepanjang masa.
Maksud memperbaiki pergaulan
dengan isteri-isteri itu bukanlah dengan semata-mata menahan diri dari
menimpakan ke atas mereka sesuatu yang tiada diinginnya, malah menanggung
segala yang tiada menyenangkan yang mungkin timbul dari mereka, serta
bersifat sabar dan tabah untuk menghadapi segala sikap kurang pertimbangan
dan kemarahan mereka. Ini adalah untuk menurut jejak langkah Rasulullah
s.a.w. kerana isteri-ister Rasul sendiri kadang-kadang melakukan sesuatu yang
tiada menyenangkan hati Rasulullah s.a.w dan ada pula yang menrajuk meninggalkan
baginda sampai sehari suntuk hingga ke malam.
Ketiga: Hendaklah suami menambah atas
sikap kurang pertimbangan dari isteri itu dengan bersenda gurau, memuji-muji
serta bermain-main dengannya, kerana semua itu akan melembutkan hati kaum
wanita. Rasulullah s.a.w seringkali bersenda gurau dengan isteri-isterinya
dan menuruti kehendak-kehendak mereka, sesuai dengan kadar akal fikiran
mereka dalam segala macam perbuatan dan perilakunya. Sekali peristiwa pernah
baginda Rasul mengajak Siti Aisyah r.a. melihat permainan orang-orang habsyi
di kawasan masjid dan berdirilah baginda di situ menemaninya sebegitu lama
sehingga baginda berkata: Sudah puasa?
Bersabda Rasulullah s.a.w.:
“Sebaik-baik kamu adalah orang
yang paling baik sekali terhadap isterinya dan aku adalah orang yang terbaik
sekali di antar kamu terhadap isteriku.”
Berkata Rasulullah s.a.w kepada
Jabir:
“Mengapa tidak perawan yang boleh
engkau bermain-main dengannya dan ia bermain-main denganmu?”
Seorang wanita dusun telah
mensifatkan suaminya yang telah meninggal dunia dengan berkata: Demi Allah,
sebenarnya suamiku itu seorang yang sering ketawa ketika di rumah, pendiam
ketika di luar rumah, ia makan apa saja yang aku hidangkan (tidak cerewet),
tidak pernah bertanya bila sesuatu tidak ada.
Keempat: Janganlah sang suami melampaui
batas dalam persenda-gurauannya dengan isteri, ataupun bersikap terlampau
baik sekali sehingga isteri naik muka dengan memaksa suami menurutkan segala
kehendak hawa nafsunya sehingga ke batasan merosakkan akhlak dan kelakuan si
isteri. Dengan itu terjatuhlah maruah suami di hadapan khalayak ramai. Tetapi
yang dianjurkan ialah bersikap sederhana pada segala keadaan. Jika dilihat
sesuatu kemungkaran yang dilakukan oleh isteri. Hendaklah suami jangan
berdiam diri saja, bahkan menegahnya dan membuktikan kejantanannya sebagai
seorang suami ke atasa isteri. Begitu juga jangan sampai dia yang mula
membuka peluang bagi isteri untuk melakukan berbaga-bagai kemungkaran, malah
bila dilihat isterinya berani membuat sesuatu yang melanggar hukum syara’
atau hukum adat dan maruah, hendaklah ia menunjukkan kemarahannya dan
ketidak-senangnya terhadap perkara itu.
Ingatlah bahawa segala terisi di
dalam petala langit dan bumi itu diciptakan Tuhan dengan keadilan meka segala
yang melampaui had atau batasan keadilan akan terlungkup dengan lawannya.
Sewajarnyalah suami mengambil
jalan tengah atau ekonomi, baik dalam menuruti atau menolak kehendak isteri.
Hendaklah ia menegakkan kebenaran yang hak pada segala keputusannya, sehingga
ia terselamat dari bencana isterinya. Sebab pada kebanyakkan hal, kaum wanita
selalu suka berkelakuan buruk, dan sifat tersebut tidak akan terhindar dari
mereka, melainkan dengan secara lemah-lembut yang diiringi dengan
kebijaksanaan. Oleh itu adalah menjadi suatu tugas utama bagi sang suami
memerhati dan meneliti kelakuan isterinya, bermula dengan berbagai percubaan,
kemudian mencuba pula meluruskan semua kelakuan yang bengkok itu, sebagaimana
yang diharuskan oleh keadaan dan peri-kerukunan rumahtangga.
Kelima: Kalaupun suami cemburu, hendaklah bersikap sederhana;
iaitu jangan sampai ia melalaikan pokok-pokok persoalan yang akan menimbulkan
berbagai-bagai bencana yang tidak diingini di dalam rumahtangga. Tidak
sewajnyalah suami bersikap pelampau dalam perkara melemparkan buruk-sangka
terhadap isteri, atau menunjukkan kekerasan atau mengintip rahsia-rahsianya,
sebab Rasulullah s.a.w pernah melarang mengikuti aurat-aurat (rahsia-rahsia)
kaum wanita. Pada riwayat yang lain baginda melarang menyerempak kaum wanita
pada gerak-lakunya.
Sekali peristiwa, apabila
Rasulullah s.a.w kembali pelayaran di waktu malam, baginda menyeru para
sahabatnya sebelum masuk kawasan negeri Madinah; Janganlah kamu mengetuk
rumah isteri-isteri kamu di waktu malam, maksudnya jangan mendapatkan mereka
di waktu malam begitu; malah hendaklah mereka bersabar sehingga tiba waktu
siang. Malangnya ada dua orang di atara mereka melanggar nasihat Rasulullah
s.a.w itu, Mereka terus kembali pada malam itu juga, lalu mereka mendapati
perkara-perkara yang tiada diingini telah berlaku di rumah masing-masing.
Dalam sebuah Hadis lain:
Sesungguhnya di antara berbagai-bagai cemburu, ialah cemburu yang dibenci
oleh Allah azzawajalla; iaitu cemburu seorang lelaki terhadap isterinya tanpa
sebab. Kerana sifat itu timbul dari perasaan buruk sangka dari dalam diri,
yang mana kita di larang keras bersifat demikian. Adapun cemburu yang memang
kena pada tempanya, maka itu adalah memang semestinya ada dalam diri
seseorang dan ia termasuk sifat yang terpuji; iaitu sifat cemburu yang
bersebab.
Rasulullah s.a.w. telah
mengizinkan kaum wanita pergi ke masjid terutama sekali untuk menunaikan dua
sembahyang Hari Raya. Keluar ke masjid kaum wanita yang sopan adalah harus
hukumnya, tetapi dengan syarat redha suaminya. Walau bagaimanapun
meninggalkannya atau tidak menghadirinya lebih terselamat dari fitnah.
Sewajarnyalah kaum wanita tidak keluar dari rumahnya melainkan bila ada
hal-hal yang penting. Jika keluar untuk bersiar-siar atau kerana
perkara-perkara yang tidak perlu akan mencemarkan maruah atau nama baik
mereka, dan tidak mustahil pula boleh menarik kepada keburukan. Tetapi kalau
mesti keluar juga, maka hendaklah ia memalingkan pemandangannya dari kaum
lelaki. Kita tidak mengatakan bahawa wajah lelaki itu dikira aurat pada kaum
wanita, sebagaimana wajah wanita dikira aurat pada kaum lelaki, bahkan lebih
dari itu; iaitu sebagaimana wajah anak muda Amrad (anak muda yang yang segak
cantik dan putih pula kulitnya – pent) yang dikira haram dipandang oleh kaum
lelaki dalam keadaan ditakuti berlaku fitnah. Andaikata tiada ditakuti
fitnah, maka tiadalah haram hukumnya melihat wajah Amrad itu, sebab pada
lazimnya kaum lelaki terbuka wajahnya di sepanjang masa. Kaum wanita pula
bila keluar rumah sememangnya dalam keadaan berselubung. Andaikata wajah kaum
lelaki itu dikira aurat pada kaum wanita, nescaya mereka juga akan
diperintahkan untuk menyelubungi seluruh anggotanya seperti wanita, ataupun
kaum wanita itu akan dilarang untuk keluar rumah sama sekali, melainkan
kerana urusan–urusan dharurat saja.
Keenam: Berlaku sederhana dalam memberikan nafkah. Jangan
terlalu lokek memberikan nafkah kepada isteri, dan jangan pula terlalu boros,
maka hendaklah memilih jalan tengah; iaitu secara berekonomi.
Allah berfirman:
“Makan dan minumlah dan jangan
berlaku boros.”
(al-A’raf: 31)
Ibnu Sirin berkata: Sunnat bagi
suami menghidangkan untuk isterinya manis-manisan seminggu sekali pada hari
Jumaat. (yakni dibelinya dari pasar --- pent)
Suami hendaklah menyuruh isterinya
supaya mensedekahkan makanan-makanan yang lebih-lebih yang tidak diperlukan
lagi, ataupun makanan-makanan yang kalau disimpan lama nescaya akan rosak.
Ini pun dikira sebagai darjat yang paling rendah dari kebaikan. Si isteri
juga boleh melakukan serupa itu dengan hukum keadaaan, tanpa mendapat izin
atau persetujuan dari suaminya terlebih dulu. Janganlah hendaknya si suami
itu mementingkan dirinya saja dengan makanan yang sedap-sedap tanpa
dibahagikan kepada isteri juga, kerana kelakuan yang demikian akan menimbulkan
rasa tidak senang di dalam hati isteri, yang berkesudahan akan menghasilkan
perhubungan yang tidak mesra di antara keduanya. Seterusnya jangan pula
menceritakan kepada keluarganya tentang makan-minum yang ia tidak akan mahu
menyediakannnya untuk mereka. Jika ia makan hendaklah ia mengajak anak-isteri
makan bersama-sama dalam suatu hidangan yang sama.
Di antara yang terpenting sekali
dalam perkara memberi nafkah atau belanja ini ialah menjaga nafkah atau
belanja itu supaya datang dari jurusan yang halal; dan jangan pula kerana
tuntutan isteri, ia sampai mencampur-adukkan nafkah itu dengan kerja-kerja
yang kotor atau tak baik. Sebab yang demikian itu adalah suatu jenayah
terhadap si isteri dan tidak boleh dikatakan untuk memelihara hatinya.
Ketujuh: Seorang yang ingin berkahwin,
hendaklah terlebih dulu mempelajari hal-hal kaum wanita datang haidh dan
hukumnya sekadar termampu, untuk mengetahui hukum wajibnya saja, kemudian
hendaklah ia mengajar isterinya cara-cara bersembahyang dan hukumnya serta
mengingatkannya tentang kemurkaan Allah Ta’ala jika ia tidak mengambil berat
tentang perkara-perkara agamanya. Andaikata suami juga kurang pengetahuan
dalam urusan agamanya, tetapi di aberusaha pergi bertanyakan orang-orang yang
alim, lalu kembali menunjuk-ajar kepada isteri, maka dalam hal ini juga tidak
patut isteri keluar keraana maksudnya bertanya. Tetapi jika suami tidak
pedulikan juga, bolehlah isteri keluar kerana maksud bertanya. Tetapi jika
suami pedulikan juga, bolehlah keluar itu, meskipun suami tidak membenarkan
dan harus baginya melanggar larangan suaminya.
Kedelapan: Jika suami mempunyai beberapa
isteri, maka hendaklah ia bersikap adil terhadap sekalian isteri-isterinya
itu, dan tidak boleh ia melebihkan yang satu dari yang lain. Jika ia ingin
keluar negeri dan mahu membawa seorang isteri bersamanya, maka hendaklah ia
mengundi antara mereka. Dalam hal suami telah menzalimi seseorang isteri
tentang gilirannya, maka sayugialah ia mengqadha’kan harinya, sebab qadha’
itu wajib. Wajib yang lain ialah adil dalam pemberian dan giliran tidur dan
tidak wajib baginya untuk menyamaratakan kasih sayang dan persetubuhan, sebab
itu tiada termasuk dalam kuasa pilihannya.
Rasulullah s.a.w. ketika dalam
masa sakitnya diusung setiap hari dan setiap malam antara isteri-isterinya
bila sampai giliran masing-masing. Baginda tetap tidur di rumah salah seorang
isterinya di mana jatuh giliran masing-masing, tetapi jika ada di antara
mereka yang mengalaah untuk rakannya, maka baginda akan bermalam di situ
pula.
Kesembilan: Dalam keadaan isteri bermusyuz
(menentang suami), hendaklah suami cuba mengajarnya dengan baik supaya ia
kembali taat kepada suami. Apabila berlaku perselisihan antara suami-isteri
dan perkaranya tidak dapat diselesaikan sendiri, maka jika perselisihan itu
berpunca dari kedua belah pihak, ataupun yang ternyata perselisihan itu
berpunca dari pihak suami, sedengkan isteri tidak berupaya untuk menenangkan
suaminya, ataupun suami tidak dapat berbuat sesuatu untuk membetulkan semula
isterinya; dalam keadaan serupa ini mestilah di cari dua orang hakam sebagai
orang tengah. Seorang dari pihak suami dan seorang yang lain dari pihak
isteri untuk mengadili perkara keduanya dan cuba menyelesaikan perselisihan
itu secara damai, sesuai dengan semangat firman Allah Ta’ala:
“Jika keduanya memang mahukan
perdamaian, nescaya Allah akan memberikan taufiq antara mereka.” (an-Nisa’: 35)
Tetapi jika nusyuz itu berpunca
dari pihak isteri semata-mata, maka Allah telah pun berfirman di dalam
al-Quran al-Karim:
“Pihak lelaki itu lebih mampu
meluruskan kaum wanita.”
(an-Nisa’:34)
Suami tentu sekali mampu mendidik
isteri dan membimbingnya ke jalan mentaati suami secara paksaan. Dalam cara
membimbingnya, haruslah diambil jaln secara berperingkat-pringkat; iaitu
mula-mula dengan menasihati isterinya secara lemah-lembut dan mengingatkannya
akan hak isteri terhadap suami dan mengancamnya bahawa perbuatannya itu akan
dikutuki oleh Allah, jika ia ingkar. Kalau ini tidak memberikan kesan
dikutuki oleh Allah, jika ia ingkar. Kalau ini tidak kesan, maka hendaklah ia
membelakanginya di tempat tidur sendirian meskipun ia masih tinggal
bersama-sama dalam sebuah rumah. Hal serupa ini ditempohkan hingga tiga malam
berturut-turut. Jika tidak berjaya juga untuk meluruskannya, maka syara’
dalam peringkat ini membolehkan suami memukul isteri dengan pukulan yang
tidak mencederakan. Bila memukul jangan ditujukan di muka, kerana yang
demikian adalah ditegah dengan keras.
Kesepuluh: Dalam adab-adab bersetubuh.
Sunnat dimulakan dengan perbualan-perbualan manis dan bercumbu-cumbun,
manakala suami menutup kapalanya dan suaranya direndahkan seolah-olah, dia
sedang berbisik-bisik. Apabila telah memuncak keinginannya, hendaklah ia
menunggu seketika sehingga isteri pula datang nafsunya. Hendaklah suami
jangan mendatangi isteri sewaktu haidh bahkan hendaklah ia menunggu seketika
sehingga ia bersih dari haidh, tetapi bolehlah ia bersenang-senang dengan
seluruh tubuh badannya, melainkan bersetubuh saja yang dilarang.
Janganlah pula ia cuba mendatangi
isteri yang dalam haidh itu pada jalan lain yang telah ditentukan. Perbuatan
yang demikian itu adalah ditegah dengan keras, kerana dikhuatiri akan berlaku
sesuatu bahaya atau penyakit. Ketahuilah bahawa bahaya dan penyakit itu
sentiasa ada, sebab itu ia menjadi lebih keras haramnya daripada bersetubuh
dengan isteri yang sedang haidh. Allah telah berfirman:
“Hendaklah kamu mendatangi
ladangmu (isterimu) sebagaimana yang kamu ingini.”
(al-Baqarah: 223)
Maksud dari ayat sebagaimana yang
kamu ingin ialah pada bila-bila masa yang kamu merasa berkeinginan.
Sewaktu isteri masih dalam haidh,
tiada tegahan bagi suami untuk beristimna’ (mengusahakan keluarnya air mani)
dengan membiarkan tangan isteri bermain-main pada seluruh tubuh badan suami,
begitu pula boleh juga suami meraba-raba bahagian-bahagian yang di dalam kain
isteri sehingga naik syahwatnya, hanya yang dilarang ialah bersetubuh saja.
Malah tiada larangan seseorang suami mengajak isteri yang dalam haidh makan
bersama-sama dengannya, atau baring bersama-sama, atau melakukan
perbuatan-perbuatan yang seumpama itu.
Di antara adab-adab bersetubuh
lagi, janganlah ia ber’azal (menumpahkan air mani di luar kemaluan wanita),
sebab tidak ada suatu yang bernyawa yang telah ditakdirkan Allah wujudnya
melainkan ia tetap akan wujud bagaimana sekalipun diusahakan untuk
mengelakkannya.
Mengenai perbuatan ‘azal itu, ada
berbagai-bagai pendapat ulama. Ada yang mengharuskan, dan ada pula yang
menghalalkan dengan syarat keredhaan isteri. Jika isteri tidak redha maka
dihukumkan haram supaya isteri tidak teraniaya. Tetapi pendapat yang betul
ialah pendapat yang pertama, iaitu harus hukumnya.
Tersebut dalam Sahih Bukhari dan
Muslim sebuah Hadis dari Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Jabir r.a.
katanya; Kita pernah melakukan ‘azal dalam zaman Rasulullah s.a.w. padahal
al-Quran masih turun ke atas baginda. Dengan lafaz yang lain: Kita pernah
melakukan ‘azal, maka berrita itu telah sampai ke pengetahuan Nabi Allah
s.a.w tetapi baginda tiada melarang kami.
Barangkali faedah melakukan ‘azal’
ini kerana hendak memelihar kecantikan isteri dan kesihatannya supaya sering
dapat bersenang-senang dengannya. Ataupun untuk mengekalkan perkongsian hidup
dengannya supaya terjatuh dari bahaya talaq. Ataupun kerana sebab-sebab yang
lain, seperti tidak suka banyak anak sehingga menyebabkan kesukaran untuk
mencari nafkah, atau untuk memelihara diri dari keperluan bekerja
terus-menerus untuk mencari kelebihan rezekir, dan melakukan kerja-kerja yan
tak baik atau lain-lain lagi. Sebab kurangnya kesukaran dalam kehidupan akan
menolong kepada menegakkan agama.
Kesebelas: Dalam adab-adab
melahirkan anak, ada lima perkara:
(1)
Jangan sampai terlalu gembira bila menerima anak lelaki, atau terlalu
dukacita bila mendapat anak perempuan, kerana dia tidak mengetahui di mana
letaknya tuah di antara keduanya. Betapa banyaknya orang yang dianugerahi
anak lelaki merasa kesal di kemudian hari, dan bercit-cita kalaulah anak itu
tiada dilahirkan sama sekali. Yang lain pula mengharapkan anak itu, kalau
boleh menjadi perempuan saja. Bahkan pada menerima anak perempuan itu, ada
kalanya lebih besar pahalanya.
Berkata Anas meriwayatkan Hadis
dari Rasulullah s.a.w., sabdanya: Barangsiapa yang mempunyai dua orang anak
perempuan, ataupun dua orang saudara perempuan, lalu ia membuat baik kepada
keduanya selama ia berdampingan dengan mereka, nanti kelak di dalam syurga
saya dan dia seperti dua jari ini.
(2)
Hendaklah diazankan di telinga bayi sebaik-baik saja ia lahir dari perut
ibunya.
(3)
Hendaklah bayi itu dinamakan dengan nama yang baik. Sesiapa yang telah
diberikan nama yang tak baik, sunnat diubah nama itu dengan yang lain.
(4)
Sunnat dibuatkan aqiqah iaitu menyembelih dua ekor kambing bagi anak lelaki
atau seekor bagi anak perempuan. Kemudian sunnat pula disedekahkan emas atau
perak seberat rambutnya yang dipotong pada hari ketujuh.
(5)
Hendaklah diamanahkan ke dalam mulutnya dengan sebutir kurma atau lain-lain
manisan, kerana yang demikian itu dari amalan Rasulullah s.a.w
Kedua belas: Dalam perkara talaq
yang mana is merupakan perkara harus yang amat dibenci di sisi Allah Ta’ala.
Talaq itu dihukumkan harus, apabila ia tiada disertai dengan penganiyaan
dengan jalan yang salah. Namun demikian apabila seseorang telah mentalaq
isterinya, maka tentulah ia telah menyakiti hatinya, sedangkan menganiaya
atau menyakiti orang lain tiada dibenarkan oleh agama melainkan jika berlaku
kesalahan dari pihak isteri, ataupun timbulnya suatu dharurat dari pihak
lelaki. Allah telah berfirman:
“Jika isteri-isteri itu mentaati
kamu, janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menganiayai mereka.” (an-Nisa’:
34)
Yakni, maksud janganlah pula kamu
mencari jalan untuk mentalaqkan mere itu. Tetapi jika ayah si suami tiada
senang dengan isteri anaknya, bukan kerana sesuatu sebab yang tak baik, maka
hendaklah is mentalaqkan isteri sebagai tanda ketaatan kepada ayah.
Dalam hal isteri menyakiti suami,
ataupun berlaku buruk terhadap keluarga suami, maka is dikira bersalah.
Begitu pula, jika isteri itu buruk perilakunay ataupun rosak agamanya. Tetapi
jika penganiyaan berlaku dari suami terhadpnya, maka ada jalan bagi isteri
untuk menebus dirinya dari suami yang zalim itu dengan membayar wang. Dalam
hal ini, makruh bagi lelaki untuk menuntut tebusan wang lebih daripada
kerugiannya, kerana yang demikian itu adalah semacam tekanan atau bebanan
untuk memberati isteri. Bahkan ini berarti seolah-olah sebagai memperniagakan
kemaluan wanita.
Allah telah berfirman:
“Tidak mengapa atas keduanya pada
apa yang dibayar oleh perempuan untuk menebus dirinya.” (al-Baqarah: 229)
Jadi pengambilan apa yang telah
diambil dari suami itu adalah hak untuk dijadiukan tebusan diri siteri dari
suami. Adapun isteri yang meminta talaq apa-apa sebab, maka ia berdosa besar
sekali.
Seorang suami yang ingn
mentalaqkan isterinya, hendaklah memerhatikan empat perkara berikut, iaitu:
1.
Hendaklah ia mentalaqkan isterinya dalam keadaan suci dari haidh yang belum
ia bersatu dengannya. Sebab talaq dalam waktu haidh ataupun dalam masa suci
yang ia telah bersatu dengannya adalah seperkara did’ah yang haram, sekalipun
memang ia sengaja melakukan perbuatan itu menjadikan masa iddahnya lebih
panjang. Sekiranya ia telah melakukan itu, maka hendaklah ia merujuk
isterinya semula. Kemudian ia tunggu pula hingga ia suci sekali lagi,
kemudian haidh, kemudian suci lagi, dan pada masa itu terserahlah kepadanya,
kalau mahu ditalaqkannya ataupun dibiarkan saja dalam aqadnya.
2.
Hendaklah ia menjatuhkan talaq satu, kerana dengan talaq satu pun sudah
terhasil meksudnya. Kemudian faedah dari talaq satu, suami boleh rujuk semual
sewaktu dalam iddah, jika ia merasa sesal dengan keputusannya yang mula-mula.
Jika ia menjatuhkan talaq tiga sekaligus, barangkali ia akan menyesal, maka
ketika itu ia tidak boleh kembali lagi kepada isterinya melainkan dengan
jalan muhallil; iaitu isterinya dinikaki oleh orang lain lebih dulu sekadar
pelepasan nafsunya, kemudian diceraikan dan barulah boleh berkahwin semula
dengannya. Aqad nikah muhallil ini ditegah dan dalam hal ini dialah yang
menjadi penyebab aqad muhallil itu.
3.
Hendaklah ketika menyebutkan talaq itu dengan suara lemah-lembut dan
menerangkan sebab mengapa ia terpaksa mentalaqnya tanpa kekerasan. Dalam pada
itu hendaklah is menyabarkan dan menggembirakan hati isteri yang ditalaqnya
itu dengan sesuatu hadiah, sebagai penutup sakit hatinya dikeranakan berita talaq
yang disampaikan kepadanya.
Allah telah berfirman:
“Dan berikanlah (isteri-isteri
yang diceraikan itu) pemberian,” (al-Baqarah: 236)
Al-Hasan bin Ali r.a. pernah
menyampaikan perkata talaq dua orang isterinya kepada para sahabatnya dengan
meminta mereka menyebutkan tentang talaq itu kepada dua isteri tersebut.
Kemudian beliau telah membayar kepada setiap isteri sepuluh ribu dirham.
4.
Janganlah sampai suami membocorkan rahsia isteri, sama ada sewaktu talaq
ataupun sewaktu menikah, sebab ada tegahan keras yang melarang membocorkan
rahsia kaum wanita dengan ancaman yang paling berat.
Hak-hak suami atas isteri
Isteri wajib mentaati suami pada
segala yang dikehendaki oleh suami daripada perkara-perkara yang tiada
maksiat padanya. Di sana terdapat banyak hadis yang diriwayatkan dalam
menentukan hak suami atas isteri.
Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Mana saja wanita yang meninggal
dunia, sedangkan suaminya redha terhadapnya maka ia akan masuk syurga.”
“Sabdanya lagi:
“Apabila seorang wanita
bersembahyang lima waktunya, berpuasa sebulannya, memelihara kemaluannya dan
mentaati suaminya nescaya ia akan masuk syurga uang disediakn oleh Tuhannya.”
Berkata Ibnu Abbas: Telah datang
seorang wanita dari Khats’am kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata: Saya ini
seorang wanita yang janda dan saya akan berkahwin. Apakah haknya suami?
Baginda menerangkan: Di antara hak suami atas isteri, ialah apabila ia
mengingininya serta memujuknya supaya menyerahkan diri sedang isteri suci
dari haidh, janganlah menolaknya.
Hak-hak yang lain ialah: Istero
tidak boleh memberi apa-apa yang ada di dalam rumah kepada orang lain,
melainkan dengan izin suami. Jika ia melanggar juga maka berdosalah isteri
itu manakala suami mendapat pahala dari pemberian itu. Isteri tidak boleh
berpuasa secara sukarela, melainkan dengan izin suami, jika isteri melanggar
juga, nescaya jadilah puasanya itu lapar dan dahaga semata-mata, tanpa
mendapat apa-apa balasan dari Allah. Jika isteri keluar dari rumah tanpa izin
suami, nescaya Malaikat akan melaknatinya sehingga ia kembali ataupun
bertaubat.
Kesimpulannya, hak-hak suami atas
isteri itu ada banyak, tetapi yang terpenting sekali ialh dua perkara:
(1)
Memelihara diri dan menutup rahsia
(2)
Tidak terlampau menuntut perkara-perkara yang tidak diperlukan, dan menjaga
agar usahanya tidak termasuk perkara yang haram.
Hak puteri atas kedua ibu-bapa
ialah:
Mendidiknya cara pergaulan yang
baik dan adab-adab percampuran dengan suami sebagaimana yang diriwayatkan
dari Asmak binti Kharijah al-Fizari, katanya kepada puterinya ketika hari
perlangsungan puterinya itu: Kini engkau telah keluar dari sangkar yang di
dalamnya engkau telah dibesarkan, berpindah ke tempat tinggal yang engkau
belum pernah mengenalinya lagi, dan kepada seorang teman hidup yang engkau
belum biasa dengannya. Maka umpamakanlah dirimu itu sebagai sekeping tanah,
nescaya ia akan menjadi tiangnya. Kalau engkau menganggap dirimu sebagai
jariah, tentulah ia akan menganggap dirinya hamba sahaya. Jangan membebaninya
agar ia tiada meningalkanmu. Jangan menjauhinya agar ia tiada melupaimu. Jika
ia mendekatimu setapak, datangilah ia dua tapak. Jika ia menjauhimu, jauhilah
ia dengan baik. Jagalah hidungnya, telinganya dan matanya, sehingga ia tiada
meencium sesuatu melainkan yang baik-baik, tiada mendengar sesuatu melainkan
yang indah-indah dan tiada melihat sesuatu melainkan yang cantik-molek.
Kesimpulan dari kata-kata yang
berkaitan dengan adab-adab kaum wanita tanpa banyak bicara ialah:
Hendaklah ia merupakan sendi utama
di dala rumahtangganya. Sentiasa melazimi jahitan dan tenunannya. Tidak
banyak naik-turunnya. Sedikit bicaranya dengan tetangga, ia tida mendatangi
tetangganya melainkan jika ada perkara yang perlu yang mendorongnya ke sana.
Memelihara hak suaminya ketika ia ada di rumah ataupun tiada di rumah.
Sentiasa menimbulkan kegembiraan hati suami pada segala kelakuannya. Tiada
mengkhianati dirinya terhadap suami dan hartanya. Tiada keluar dari rumah
melainkan dengan izin suami. Dan jika diizinkan ia keluar, hendaklah dalam
keadaan tertutup. Memilih jalan-jalan yang sepi dari orang ramai, tidak
memilih jalan raya atau pasar. Memelihara suaranya supaya tidak terdengar
oleh orang-orang asing atau dikenali peribadinya oleh mereka itu. Tidak
memperkenalkan dirinya kepada rakan-rakan suaminya dalam menunaikan segala
keperluan, tetapi handaklah ia berpura-pura terhadap sesiapa yang disangka
mengenalinya ataupun memang dia mengenalinya.
Tugas utama kaum wanita ialah
memperbaiki urusannya sendiri dan urusan rumahtangganya, tetap menunaikan
semua sembahyang dan puasa. Jika rakan suaminya meminta izin masuk ke dalam
rumahnya sedang suami tiada di rumah, maka tidak boleh diizinkan masuk dan
tiada boleh banyak berbicara dengannya, sebagai menunjukkan tanda cemburu
atas dirinya sendiri dan suaminya. Hendaklah isteri sentiasa merasa puas
dengan segala yang diberikan oleh suaminya, sebagai rezeki dari Allah ta’ala.
Ia harus selalu mengutamakan hak suami atas dirinya sendiri, begitu pula atas
segala hak kaum kerabatnya. Sering membersihkan dirinya sendiri, serta
bersedia, pada bila-bila masa untuk menerima keinginan suami. Hendaklah ia
sentiasa bersifat belas kasihan terhadap anak-anaknya, memelihara dan melindungi
mereka dari segala yang tidak baik, tidak mengeluarkan caci-maki terhadap
anak-anak dan tiada menggunakan lidahnya hanya untuk menjawab dan menentang
suami.
Di antara adab-adabnya pula ialah:
isteri tiada terlalu bermegah-megah dengan kecantikan dirinya, dan tiada pula
mengeji suaminya kerana keburukannaya. Adab yang lain lagi ialah: Hendaklah
isteri sentiasa melazimkan dirinya dalam kebaikan dan memelihara dirinya pada
masa ketiadaan suaminya. Apabila suami kembali bergembiralah ia
bersenang-hatilah ia semula bersamanya.
Di antara yang wajib atas isteri
dari hak-hak perkahwinan, apabila suaminya meninggal dunia, ia tidak
berkabung kerana berdukacita lebih dari empat bulan sepuluh hari. Wajib
meninggalkan memakai air wangi, tidak menghiaskan diri dalam masa perkabungan
itu.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Tidak halal bagi seorang wanita
yang beriman dengan Allah dan Hari Kemudian berkabung atas seorang yang mati
lebih dari tiga hari, melainkan atas suami iaitu empat bulan dan sepuluh
hari.”
Wajib atas isteri juga tinggal di
dalam rumah suaminya yang meninggal dunia itu sehingga iddahnya, tidak boleh
berpindah ke rumah keluarganya dan tidak boleh keluar rumah, melainkan kerana
sesuatu dharurat saja.
Di antara adabnya lagi, hendaklah
ia menjalankan perkhidmatannya yang ia mampu melakukan di dalam rumah,
sebagaimana biasanya isteri-isteri para sahabat melakukan, moga-moga Allah
redha atas mereka sekalian.
|
0 comments:
Post a Comment