Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud :
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya,
petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka
sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk
dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10
orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca
sesuatu.
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak
mengeluarkan zakat.
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang
menjadi makmum membencinya.
4. Orang lelaki yang melarikan diri.
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya
(Taubat).
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa
memakai tudung.
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim
menganiaya.
9. Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari
melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang
siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji
dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah
S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak
dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya
kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti
solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain
tebal yang buruk."
0 comments:
Post a Comment