Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda
: " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T
akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada
hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan
berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap
kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan
dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang
yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia
memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan
mengenyangkan perut mereka."
Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : "
Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada
hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar,
Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada
hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan
juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan
Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah
S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi
Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari
Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T
mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi
hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".
0 comments:
Post a Comment