·
Abul-Laits Assamarqandi
meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah
S.A.W bersabda : "Allah S.W.T. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran
a.s. dalam alwaah 10 bab :
·
Wahai Musa jangan menyekutukan
aku dengan suatu apa pun bahawa aku telah memutuskan bahawa api neraka akan
menyambar muka orang-orang musyrikin.
·
Taatlah kepada-Ku dan kedua
orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan
umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.
·
Jangan sekali-kali membunuh
jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu
dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau
dengan murka-Ku ke dalam api neraka.
·
Jangan sekali-kali sumpah
dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang
yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.
·
Jangan hasad dengki dan irihati
terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh
nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan
kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut,
maka bukan daripada-Ku.
·
Jangan menjadi saksi terhadap
apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan
akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas
persaksian mereka.
·
Jangan mencuri dan jangan
berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan
Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.
·
Jangan menyembelih korban untuk
selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan
ikhlas untuk-Ku.
·
Cintailah terhadap sesama
manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.
·
Jadikan hari Sabtu itu hari
untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah
S.A.W bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu
hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T memilih hari Juma'at sebagai
hari raya untukku."
0 comments:
Post a Comment