Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat
Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang
siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka
akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti
kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang
berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang
berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan
mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka
yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan
selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W.? Para
malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat ke
atas Rasulullah S.A.W.
Dengan kisah yang dikemukakan ini, kami harap para
pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita
Nabi Muhammad S.A.W. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah,
Rasul dan para malaikat.
0 comments:
Post a Comment