Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami
sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu
bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"
Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan
tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu
tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
a. Asap
b. Dajjal
c. Binatang melata di bumi
d. Terbitnya matahari sebelah barat
e. Turunnya Nabi Isa A.S
f. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
g. Gerhana di timur
h. Gerhana di barat
i. Gerhana di jazirah Arab
j. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan
mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada
bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat
apa sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia akan mendakwa dirinya Tuhan,
sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan 'Ini adalah
orang kafir'.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku
selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin
seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang
mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini
akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, ia akan berbicara dengan
kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa
A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi
orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah orang
yang beriman'. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan
tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih,
beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat
Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini
merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satu lagi golongan besar.
Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh
Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini, bilangannya tidak terhitung
banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal
walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, " Hari kiamat
itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit
sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan. Ghibah menjadi-jadi di
merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang kaya
diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang di masjid, para ahli
mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq"
Berkata Ali bin Abi Talib, Akan datag di suatu masa di
mana Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuk sahaja,
Al-Qur'an hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan
masjid itu sunyi dari zikir menyebut Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk
pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu
akan kembali kepada mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah tanda-tanda
hari kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W, "Apabila harta orang
kafir yang dihalalkan tanpa perang yang dijadikan pembahagian bergilir, amanat
dijadikan seperti harta rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman, belajar
lain daripada agama, orang lelaki taat kepada isterinya, menderhakai ibunya,
lebih rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya, suara-suara lantang dalam
masjid, pemimpin kaum dipilih dari orang yang fasik, oarng dimuliakan kerana
ditakuti akan tindakan jahat dan aniayanya dan bukan kerana takutkan Allah,
maka kesemua itu adalah tanda-tanda kiamata."
0 comments:
Post a Comment