'Amir bin Said dari bapanya berkata bahawa :
"Satu hari Rasulullah S.A.W telah datang dari daerah berbukit. Apabila
Rasulullah S.A.W sampai di masjid Bani Mu'awiyah lalu beliau masuk ke dalam
masjid dan menunaikan solat dua rakaat. Maka kami pun turut solat bersama
dengan Rasulullah S.A.W.
Kemudian Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa yang agak
panjang kepada Allah S.W.T :
Setelah selesai beliau berdoa maka Rasulullah S.A.W
pun berpaling kepada kami lalu bersabda yang bermaksud : "Aku telah
bermohon kepada Allah S.W.T tiga perkara, dalam tiga perkara itu cuma dia
memperkenankan dua perkara sahaja dan satu lagi ditolak.
1. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya ia
tidak membinasakan umatku dengan musim susah yang berpanjangan. Permohonanku
ini diperkenankan oleh Allah S.W.T.
2. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku
ini jangan dibinasakan dengan bencana tenggelam (seperti banjir besar yang
telah melanda umat Nabi Nuh s.a). Permohonanku ini telah diperkenankan oleh
Allah S.W.T.
3. Aku telah bermohon kepada Allah S.W.T supaya umatku
tidak dibinasakan kerana pergaduhan sesama mereka (peperangan, pergaduhan
antara sesama Islam). Tetapi permohonanku telah tidak diperkenankan (telah
ditolak).
Apa yang kita lihat hari ini ialah negara-negara Islam
sendiri bergaduh antara satu sama lain, hari ini orang Islam bergaduh sesama
sendiri, orang kafir menepuk tangan dari belakang, apakah ini cantik kita
melihatnya ?
0 comments:
Post a Comment