Dosa manakah, minum minuman yang memabukkan, berzina
atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan
r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu
mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab
minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala
dosa.
Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun
beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah Ustman. Suatu hari lelaki yang
soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik.
Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut sahaja
ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama
minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya
lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki
soleh itu lalu memilih minum khamr.
Tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang
memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk
dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya.
"Kerana itulah hindarilah khamr, kerana minuman
itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman
dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya
harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan
jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."
0 comments:
Post a Comment