Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali
menyebutkan bahawa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli
ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid.
Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya
adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam
namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala
dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.
Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T
telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah
Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya.
Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku
membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh
keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong.
Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud
dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka
mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para
malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap
angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang
sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa
menyesal atas keengganannya.
Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya
yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T
membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang
menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti
wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya
terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu,
taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh
helai.
Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga,
bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke
bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari
kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat
indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap emapt, banyak ilmu, banyak ibadah
serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para
malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama
sekali baginya.
0 comments:
Post a Comment